SMART AGRO-FOOD HACKATHON

PENGENALAN

Pertanian moden melalui penggunaan teknologi merupakan pemacu untuk meningkatkan pengeluaran dan hasil bagi memenuhi keperluan makanan dan pertanian negara melalui penggunaan tanah, tenaga kerja, serta input secara optimum. Penggunaan teknologi juga dapat membantu pentani dan penternak meningkatkan produktiviti dan daya saing bagi memastikan mereka sentiasa relevan dalam menyumbang kepada ekonomi negara. 

Bagi menggalakkan lebih ramai lagi pemain agro-makanan menggunapakai kaedah teknologi dalam aktiviti pertanian, Nexus Produktiviti Agro-Makanan (AFPN) akan menganjurkan program Smart Agro-Food Hackathon. Program ini memberi peluang kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan graduan* untuk mencipta penyelesaian mampu milik menggunakan kaedah teknologi bagi menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh petani dan penternak dalam aktiviti pertanian mereka. Melalui program ini juga, diharap dapat mempercepatkan inovasi bagi subsektor agro-makanan dalam meningkatkan produktiviti dan hasil agro-makanan yang lebih berkualiti.

Kepentingan Program

  • Memacu inovasi dalam subsektor agromakanan untuk meningkatkan produktiviti perniagaan serta memastikan pengeluaran output yang berkualiti.
  • Memastikan perniagaan agromakanan sentiasa berdaya saing dan relevan dalam ekonomi.
  • Mencipta perspektif baru dan terkini serta penyelesaian mampu milik bagi menyelesaikan cabaran subsektor agromakanan.

OBJEKTIF

  • Untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan dalam teknologi pertanian pintar.
  • Memberi peluang kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi mencipta penyelesaian teknologi mampu milik untuk perniagaan agromakanan yang berskala kecil

KAJIAN KES

A

Sistem atau aplikasi untuk mengasing, menggred dan menentukan kualiti produk

B

Sistem atau aplikasi dalam menganalisis data dan pasaran

C

Sistem yang membolehkan untuk mengesan pergerakan dan pengurusan produk

D

Pengurusan sistem dan rekod

TARIKH PENTING

SKOP PROGRAM

  1. Program akan dijalankan secara atas talian sepenuhnya.
  2. Kumpulan perlu memilih hanya satu (1) kajian kes yang disenaraikan bagi tujuan penghasilan cadangan penyelesaian (proposal). Kajian kes yang didaftarkan tidak dibenarkan dipinda selepas tarikh tutup pendaftaran.
  3. Webinar dan lawatan tapak secara atas talian akan diadakan untuk memberikan pendedahan, rujukan dan idea bagi penghasilan proposal.
  4. Peserta akan diberi masa empat (4) minggu bermula dari sesi taklimat/kick off untuk mengemukakan proposal kumpulan masing-masing.
  5. Para penilai akan memilih lima belas (15) proposal terbaik sebagai finalis untuk sesi terakhir (pitching session) Hackathon. Senarai ini akan diumumkan melalui emel kepada ketua kumpulan.
  6. Finalis akan diberi masa lapan (8) minggu daripada tarikh pengumuman untuk membangunkan projek konsep berdasarkan proposal yang akan dibentangkan semasa sesi terakhir (pitching session).
  7. Peralatan asas bagi pembangunan projek konsep akan disediakan. Kumpulan dibenarkan untuk membeli atas kos sendiri sebarang peralatan tambahan mengikut keperluan projek konsep masing-masing namun kos tambahan tidak boleh melebihi RM500.

PENYERAHAN

i. Cadangan Penyelesaian (Proposal)

  • Proposal perlu dihantar melalui emel ke agrofoodproductivitynexus@gmail.com sebelum atau pada (1 Julai 2022, Jumaat) pukul 5.00 petang.

  • Dokumen yang perlu dilampirkan adalah slaid pembentangan mengikut format yang diberikan.

ii. Serahan Projek Konsep*

  • Serahan projek konsep perlu dihantar melalui emel ke agrofoodproductivitynexus@gmail.com sebelum atau pada  (30 September 2022, Jumaat) pukul 5.00 petang.
  • Dokumen yang perlu dilampirkan adalah slaid pembentangan berserta pautan kepada video pendek projek konsep yang telah dibangunkan.

*Hanya untuk 15 proposal terbaik

KRITERIA PENYERTAAN

  1. Terbuka kepada semua pelajar di peringkat pengajian sijil sehingga ijazah sarjana muda dari institusi pengajian tinggi (IPT) dan graduan yang telah tamat pengajian kurang daripada 3 tahun dalam apa-apa bidang pengajian atau fakulti.
  2. Semua peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas semasa pendaftaran.
  3. Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap (PR) atau pelajar antarabangsa yang mempunyai visa pelajar yang sah semasa pendaftaran.
  4. Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) ahli dan maksimum lima (5) ahli.
  5. Setiap kumpulan dibenarkan untuk melibatkan penyelia dari universiti masing-masing bagi mendapatkan bimbingan dan panduan dalam penyediaan proposal dan projek konsep. Namun, penyelia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang pembentangan.
  6. Semua peserta haruslah boleh berkomunikasi, memahami dan menulis dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris. 

LIABILITI

  1. Sebarang kos yang terlibat seperti tambahan peralatan, kemudahan penginapan, pengangkutan, dan kos-kos lain dalam menyediakan proposal atau projek konsep adalah di atas tanggungan masing-masing.
  2. Penganjur berhak meminda skop program, syarat dan peraturan dari masa ke semasa tanpa perlu memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu.
  3. Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang insiden seperti kesesakan rangkaian internet, masalah kesihatan, kehilangan, kerosakan dan kerugian yang dialami sepanjang program dijalankan.
  4. Sebarang pelanggaran syarat akan dibatalkan penyertaan serta merta