Hasil kerjasama dari Kumpulan Fokus Urusan Mendapatkan Permit Pembinaan (FGDCP) dan Produktiviti Nexus Penjagaan Kesihatan Swasta bersama agensi-agensi berkaitan iaitu Bahagian Amalan Perubatan (KKM), Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Persatuan Arkitek Malaysia dan wakil industri yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklumbalas terhadap inisiatif penambahbaikan proses dan garis panduan teknikal bagi urusan mendapatkan permit pembinaan sesebuah hospital swasta di Malaysia.