Technology for Productivity

New Title

TEKNOLOGI UNTUK PRODUKTIVITI


Pertanian moden melalui penggunaan teknologi merupakan pemacu untuk meningkatkan pengeluaran dan hasil bagi memenuhi keperluan makanan dan pertanian negara melalui penggunaan tanah, tenaga kerja, serta input secara optimum. Penggunaan teknologi juga dapat membantu petani dan penternak meningkatkan produktiviti dan daya saing bagi memastikan mereka sentiasa relevan dalam menyumbang kepada ekonomi negara.


Bagi menggalakkan lebih ramai lagi pemain agro-makanan menggunapakai kaedah teknologi dalam aktiviti pertanian, Nexus Produktiviti Agro-Makanan (AFPN) akan menganjurkan program Agro Tech Solve: Innovate for Industry. Program ini memberi peluang kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan graduan untuk mencipta penyelesaian mampu milik menggunakan kaedah teknologi bagi menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh para petani dan penternak dalam aktiviti pertanian mereka. Melalui program ini juga, diharap dapat mempercepatkan inovasi bagi subsektor agro-makanan dalam meningkatkan produktiviti dan hasil pengeluaran agro-makanan yang lebih berkualiti.


  OBJEKTIF PROGRAM


  • Memacu inovasi dalam subsektor agro-makanan untuk meningkatkan produktiviti perniagaan serta memastikan pengeluaran output yang berkualiti.
  • Memastikan subsektor agro-makanan sentiasa berdaya saing dan relevan dalam ekonomi.
  • Mencipta perspektif baru dan terkini serta penyelesaian mampu milik bagi menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh pemain subsektor agro-makanan.
  • Meningkatkan kesedaran dan penerimaan teknologi pertanian pintar di kalangan pemain subsektor agro-makanan.
  • Memberi peluang kepada generasi muda untuk membantu menyelesaikan cabaran melalui penggunaan teknologi mampu milik bagi perniagaan agro-makanan yang berskala kecil.
Share by: